mengapa ceritera hidupku tertulis untuk jadi begitu, begini??
punyai sahabat yang dahulunya sering mengambil perhatian terhadap diriku,
sanggup menghadapi payah senang bersama,
kini, semua itu hanya tinggal kenangan.
adakah pernah terguris hatimu oleh kata-kataku?
adakah pernah aku berkasar bahasa?
andai pernah aku melakukan semua itu, sama ada dalam diriku sedar atau
alpa, maafkanlah daku duhai sahabat, kerana aku tak mampu untuk menjadi yang
terbaik untukmu.
tapi, mengapa begitu tiba-tiba?
namun, hari ini, telah ku temui sahabat baharu yang sanggup melakukan apa
sahaja, sama seperti yang pernah kau lakukan kepadaku dahulu, bahkan lebih baik lagi.
tetapi, tika aku bersama dengan dia, aku terpandang dirimu di sudut suatu tempat,
dengan pandangan dan raut wajah yang seperti mencemburui aku bersama dia.
mengapa hubungan kita jadi begini?
di saat ku perlukan mu, dia yang datang menghampiri.
di saat hatiku terluka oleh perbuatanmu, dia yang datang mengubati.
mengapa terjadi begini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan