Ahad, 24 Ogos 2014

SAHABAT

mengapa ceritera hidupku tertulis untuk jadi begitu, begini??
punyai sahabat yang dahulunya sering mengambil perhatian terhadap diriku,
sanggup menghadapi payah senang bersama,
kini, semua itu hanya tinggal kenangan.

adakah pernah terguris hatimu oleh kata-kataku?
adakah pernah aku berkasar bahasa?

andai pernah aku melakukan semua itu, sama ada dalam diriku sedar atau
alpa, maafkanlah daku duhai sahabat, kerana aku tak mampu untuk menjadi yang
terbaik untukmu.

tapi, mengapa begitu tiba-tiba?

namun, hari ini, telah ku temui sahabat baharu yang sanggup melakukan apa
sahaja, sama seperti yang pernah kau lakukan kepadaku dahulu, bahkan lebih baik lagi.
tetapi, tika aku bersama dengan dia, aku terpandang dirimu di sudut suatu tempat,
dengan pandangan dan raut wajah yang seperti mencemburui aku bersama dia.

mengapa hubungan kita jadi begini?

di saat ku perlukan mu, dia yang datang menghampiri.
di saat hatiku terluka oleh perbuatanmu, dia yang datang mengubati.

mengapa terjadi begini...

Ahad, 17 Julai 2011

mengapa hidup perlu ada masalah???

mengapa??mengapa??mengapa??
semua orang hidup perlukan kawan, rakan, sahabat, kekasih,
tetapi jika semua itu tersilap pilih..
tidakkah diri sendiri yang akan merana???


Rakan.. tujuannya ada untuk apa??
untuk bergurau senda??bersuka ria??
atau persahabatan untuk selamanya??
Sahabat.. adakah sementara atau kekal??


Di permulaan bermulanya persahabatan..
segalanya sempurna, elok, molek,
tidak ada yang cela..
setelah lama berkenalan,
 dia mula tunjuk belang,
dia mula nak jadikan kita sebagai hambanya,
kita kena selalu jaga hatinya,
hanya dia sahaja yang sempurna,
segala kelemahan dia, disebabkan oleh kita
saya sebagai rakan tak mahu ada pergaduhan 
antara kami, tapi bagaimana dengan kes ini??


Islam suruh kita berkawan dengan semua orang tanpa
mengira bangsa, inikan pula sesama Islam..


Kecewa, sedih, geram, menyampah, benci,
segala perasaan yang tidak elok keluar tatkala saya
berjumpa dengan seorang insan yang seperti itu..


Tetapi.., bagaimana pula dengan insan yang bernama kekasih??
apakah tujuan dia ada di sisi kita??
adakah untuk berkasih sayang atau untuk membuat maksiat??..
setiap pasangan ada alasan dan sebab musabab yang tersendirikan??


hmm..